Minyak Kelapa Dara VCOFERA (EVCO) Sebagai First Aid

with No Comments

Pengalaman pertama kali bersalin anak sulong mesti semua ibu-ibu tidak dapat lupakan saat-saat indah itu. Alhamdulillah, hanya pada Allah saya memuji.

Saya berjumpa dengan ustaz dan juga mak bidan kampong untuk mendapatkan air selusuh supaya dipermudahkan semasa bersalin. Mereka cadangkan supaya doa selusuh iaitu doa mudah bersalin dibacakan pada minyak kelapa dara. Dan sebenarnya minyak kelapa dara sebagai minyak selusuh sudah lama diamalkan oleh ibu-ibu yang mahu bersalin pada orang-orang zaman dahulu. Dengan kecanggihan sekarang minyak kelapa dara dipelbagaikan cara penggunaannya.

Anak sulong saya dijangka dilahirkan raya pertama hari raya Aidilfitri, tetapi anak dalam kandungan tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia mahu keluar. Masuk hari ketujuh, kam suami isteri bercadang untuk induce iaitu masukkan ubat kedalam rahim supaya terbuka jalan untuk bersalin. Tapi dengan izin Allah, pagi semasa pemeriksaan dengan Doktor sakit puan beliau menyatakan jalan untuk bersalin sudah terbuka 4 inci dan tak perlu di induce. Doktor menasihat supaya pulang makan sedap-sedap dan datang balik ke klinik untuk bersalin. (Maksud induce untuk bersalin)

Walaupun sudah mengamalkan minyak kelapa dara 1 minggu sebelum bersalin, saya menyimpan 1 botol untuk diminum dan dibuat urut semasa hampir saat-saat bersalin. Bila tiba masanya untuk dibawa ke bilik bersalin, saya minum ½ botol minyak kelapa dara dengan berharap agar dipermudahkan proses melahirkan anak sulong saya. Alhamdulillah dengan izin Allah, pertarungan untuk melahirkan insan yang suci bersih fitrahnya hanya mengambil masa 30 minit sahaja sejak dari pecahnya air ketuban sehingga anak dilahirkan. Sangat terkejut bila anak yang dilahirkan sihat badannya dengan berat sebanyak 3.85 kg. saiz yang sedikit besar dari bayi lain dapat dilahirkan dengan mudah dan tiada komplikasi-komplikasi yang tidak diingini.

bayi sulong seberat 3.8kg

Anak (Bayi) 6 Bulan Terkena Campak.

Agak terkejut dan rasa risau bila anak yang aktif meniarap tiba-tiba menangis dan tidak seaktif biasa. Bila disentuh badannya barulah dapat diketahui dia sudah demam dan lagi terkejut bula ada bintik-bintik merah jelas kelihatan seluruh badannya.

 

 

Rawatan terpantas yang kami sebagai ibubapa boleh buat adalah dengan mengambil beberapa titis minyak kelapa dara VCOFERA dan dicampurkan dengan bedak sejuk. Ya, mujurlah minyak kelapa dara VCOFERA sentiasa ada dirumah dan disimpan untuk kes-kes kecemasan tertentu. Saya berikhtiyar sebab saya ada terbaca dalam satu artikel berkenaan minyak kelapa dara mampu merawat masalah kulit.

 

FORMULA SAYA

Minyak kelapa dara + bedak sejuk + air = sapu seluruh badan

 

campak bayi kena campak

Betul, minyak kelapa dara boleh diminum oleh bayi tapi saya merasa disapu lagi baik takut bayi tidak dapat menelan minyak dengan baik.

Dan hasilnya sangat mujarab, belum masuk hari ketiga kesemua bintik merah campak dan deman sudah sembuh 99 % . Saya tidak menggunakan sebarang ubatan dari luar (ubat hospital) untuk anak saya. Sebab usia yang masih kecil amat tidak sesuai untuk makan/ minum ubat-ubatan kimia dari Hospital mahupun dari Klinik.

 

HFMD (Sakit tangan kaki dan mulut) pada anak saya berusia 1 tahun 7 bulan.

Jiwa ibu mana yang tidak risau bilamana anak sendiri yang terkena serangan virus yang masih lagi tiada ubatnya. Selama ini saya selalu terbaca dan terdengar di kaca tv dan surat khabar statistik yang semakin meningkat dan kematian disebabkan HFMD pada kanak-kanak dan bayi yang masih kecil.

 

Pada waktu itu saya sedang bertugas sebagai seorang guru di Bumi Sarawak. Sarawak adalah negeri mencatat rekod tertinggi pesakit HFMD di Malaysia. Dan tidak hairan lah jika anak saya juga turut dijangkiti Virus tersebut.

TANDA-TANDA HFMD (Virus tangan kaki dan mulut)

Tempoh pengeraman
Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara dua hingga enam hari.
Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempoh 10 hari.
Faktor-faktor risiko
Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi.
Kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun amat rentan penyakit ini sambil tidak menolak kemungkinan, ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia.
Penyakit ini juga biasanya menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara dua minggu hingga tiga tahun. Ini kerana kanak-kanak mempunyai daya tahan badan yang lemah dan mudah dijangkiti berbanding orang dewasa.
Bagaimanapun, Dr. Mazidah menambah, ini tidak bermakna, orang dewasa kalis HFMD apatah lagi jika mereka mempunyai sistem imun yang tidak kuat.
Gejala-gejala
• Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39oC
• Sakit tekak
• Ulser pada tekak dan mulut
• Sakit kepala
• Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.

 

Statistik HFMD Di Malaysia

Berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan negeri, jumlah terkumpul kes HFMD di Sarawak pada minggu ke-51 (21 Disember 2013) ialah 8,487 kes berbanding 13,459 kes bagi tempoh sama pada tahun 2012.

Bahagian Miri mencatatkan tertinggi iaitu sebanyak 2,013 kes, diikuti Kuching (1,842), Sibu (1,425), Samarahan (598), Sarikei (535), Limbang (457), Bintulu (416), Mukah (399), Kapit (320), Sri Aman (236) dan Betong (246).
Sehingga kini, HFMD telah meragut empat nyawa manakala Brunei Darussalam mencatatkan satu kematian pada 5 Mac lalu dan turut menutup semua sekolah rendah dan sekolah agama di negara berkenaan bermula Rabu lalu sehingga diberitahu kelak.
Untuk rekod, wabak yang sama pernah melanda Sarawak pada tahun 1997, menyebabkan 31 kanak-kanak meninggal dunia manakala 78 orang warga Taiwan terkorban akibat HFMD, setahun kemudian.
Pada September 2000, lebih daripada 1,000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnos menghidap penyakit yang sama.

Kebimbangan saya

Kali ini saya mendapatkan rawatan dan nasihat dari Doktor pakar untuk cara rawatan terbaik sebab dimaklumkan bahawa memang tiada ubat untuk merawat dan menghapuskan Virus HFMD ini. Sebagai ibubapa, sakit anak seolah-olah sakit kami berdua juga.

Doktor berikan beberapa nasihat pencegahan seperti :

  • Sentiasa periksa suhu badan anak.
  • Membersih semua pakaian dan mainan anak sebab dibimbangi ada virus yang dibawa dari luar (berjangkit).
  • Berikan makanan yang lembut dan sederhana panas untuk mengelak anak sakit semasa menelan sebab ada ulser di dalam tengkok dan lelangit anak.
  • Dikuarantin dari pergi kemana-mana untuk mengelak dari berjangkit dengan kanak-kanak lain.
  • Sentiasa pantau tingkahlaku anak.

Bagaimana minyak kelapa dara VCOFERA merawat dan menghapuskan VIRUS HFMD ?

Cara saya tetap sama iaitu campurkan minyak kelapa dara dengan bedak sejuk. Untuk kali ini kena kerap sapukan pada badan anak. Sebab bila badan anak kering dari sebarang cecair, anak akan gatal disebabkan bintik-bintik ruam merah pada seluruh badan dan kadang-kadang anak akan menggaru dengan kuat sekali disebabkan tidak tahan dengan gatal.

Saya juga suapkan 1.5 ml minyak kelapa dara kedalam mulut anak secara terus tanpa dicampurkan dengan susu semata-mata untuk merawat Ulser dalam mulut anak.

Alhamdulillah, 7 hari berkurung dirumah dan anak semakin sembuh dari Virus HFMD. Mujurlah tidak merebak semakin terus seperti anak-anak lain. Walaubagaimanapun, parut pada tapak tangan dan tapak kaki mengambil masa sikit untuk dihilangkan 100%.

Bintik-bintik ruam Virus HFMD yang mereh bertukar menjadi warna koko/coklat kegelapan dan akan mengelumpas dengan sendirinya.

 

Itulah sesikit sebanyak pengalaman saya bersama minyak kelapa dara Vcofera yang tidak dapat saya lupakan. Alhamdulillah, kurniaan dari alam semulajadi membawa berjuta manfaat untuk manusia hidup lebih sihat dan bahagia.

Syukur Yaa ALLAH.

Ikhlas dari saya,

Cikgu Afifah

cikgu afifah abd rahim

 

anigif

 

Leave a Reply